Sosmed:

Tuesday 5 January 2016

Azab yang Meninggalkan Solat Fardhu

Mari muhasabah diri,mari jadikan diri kita takut kepada azab Allah. Apa yang akan terjadi jika kita meninggalkan solat fardhu yang wajib kepada kita?

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang memudahkan dan menyia-nyiakan  sholat lima waktu, niscaya akan disiksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksaan. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”

1. Enam siksaan semasa di dunia
  • Usia yang tidak diberkahi, panjang umur tapi tidak mendapat kebaikan
  • Rezeki tidak diberkahi
  • Reduplah tanda diwajahnya dari orang-orang yang soleh
  • Tidak mendapat bagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
2. Tiga siksaan semasa hendak mati
  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga menyatulah tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
4. Semasa hari kiamat
  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya
Marilah kita sama memperbaiki Sholat kita agar terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tertinggal, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.
By: atiqsalleh

0 komentar:

Post a Comment